Sekadar berkongsi bahan bantu mengajar untuk guru dan tips berguna untuk anda semua.

Panduan Mengenali Cara Belajar Pelajar Anda

Jumpa lagi...

Kali ini saya berikan satu artikel menarik khususnya bagi para guru mengenali dan memahami cara belajar efektif bagi setiap pelajar. Rasanya semua tahu bahawa setiap orang mempunyai cara belajar yang berbeza. Jesteru itu maka para guru sangat digalakkan mempelbagaikan teknik P&P bagi memberi keadilan kepada semua pelajar.
Jika sebelum ini saya memberikan kesemua bahan untuk anda memuatturun,tetapi kali ini saya akan menulis dengan panjang lebar untuk artikel ini. Ye..lah kalau tulis pendek..anda tidak duduk lama-lama di blog saya nikan? :).

TEKNIK MEMBACA GERAK MATA SESEORANG

1, Apabila mata hitam seseorang itu bergerak, bermaksud bahawa orang itu sedang berfikir.

2. Apabila mata hitam seseorang itu tidak bergerak,bermaksud orang itu tidak berfikir.

3. RAHSIA cara belajar atau cara berfikir seseorang bergantung kepada arah pergerakan mata hitamnya. Jika mata hitamnya bergerak atau memandang ke atas bermaksud orang itu kuat mata atau Orang Visual. Jika mata hitamnya bergerak ke tepi, bermakna orang itu kuat telinga atau Orang Auditori dan Jika mata hitamnya bergerak atau memandang ke bawah maka orang itu kuat sentuh atau Orang Kinestetik.

CIRI-CIRI ORANG VISUAL

1. Orang sebegini ialah orang yang memproses maklumat dalam bentuk visual atau gambar. Ringkasnya jika pelajar anda ada yang sebegini maka mereka sangat mudah memahami pengajaran anda dengan melihatnya sendiri. Oleh yang demikian, maka sangat perlu bagi para guru untuk menggunakan papan hitam dan bukan membiarkannya tanpa ada sebarang tulisan atau gambar tertentu.

2. Orang sebegini lebih suka berinteraksi dengan anda secara berhadapan atau bertentang mata. Jika anda duduk di tepinya puan dia akan tetap memandang anda ketika berinteraksi.

3. Orang sebegini suka bercakap dengan pantas dan ada kalanya sehingga tangannya bergerak-gerak seolah-olah cuba menggambarkan apa yang diperkatakan. ( Pernah jumpa tak orang yang bercakap di handphone, tapi tangannya bergerak-gerak?)

4. Orang sebegini jika bercerita akan sedaya-upaya menunjukkan gaya dan aksi seolah-olah kejadian sebenar berlaku di depan mata kita.

5. Ayat yang selalu digunakan..nampak tak? cantik tak? Jelas tak?

CIRI-CIRI ORANG AUDITON

1. Orang sebegini memproses maklumat dalam bentuk bunyi atau audio. Mudah menyetujui sesuatu walaupun melalui percakapan.

2. Orang sebegini tidak gemar berinteraksi dengan memandang anda. Lebih suka berinteraksi di sisi anda. Seorang pendengar yang baik walaupun tidak bersemuka. Baginya apa yang anda cakap adalah lebih penting dari yang lain.

3. Mereka bercakap lebih perlahan dan sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan perkataan. Ada kalanya mengambil masa lama untuk mula bercakap.

4. Ayat yang selalu digunakan. Dengar tak? Dengar sini? Apakata orang nanti?

5. Jika bercerita akan banyak mengeluarkan bunyi contohnya jika bercerita tentang kemalangan akan bercerita dengan bunyinya sekali.Seperti...booomm? Tolong! Tolong!

CIRI-CIRI ORANG KINESTATIK

1. Orang sebegini memproses maklumat dalam bentuk sentuhan atau pergerakan. Sangat mengutamakan keselesaan dalam memilih sesuatu seperti kasut atau pakaian.

2. Jika dia berinteraksi dengan anda , dia lebih suka menyentuh anda.

3. Tidak suka duduk diam. Ingin sentiasa bergerak seperti menggerakkan kaki, memusing pen.

4. Sangat rimas jika diminta supaya duduk diam.

5. Ayat yang selalu digunakan..Tak selesalah...sedaplah..

KONKLUSINYA : Setiap murid atau pelajar kita mempunyai cara yang berbeza untuk memproses maklumat. Bagi memudahkan mereka maka wajarlah kita para guru untuk mempelbagaikan teknik mengajar.


* Sebahagian besar nota ini diadaptasi daripada Tips Kuasai Diri oleh Mohd. Rizal Hassa seorang Fasilitator Profesional.
Share:

1 comment:

Labels

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support