Sekadar berkongsi bahan bantu mengajar untuk guru dan tips berguna untuk anda semua.

Sukan, sejarah dan undang-undangnya

Post kali ini adalah untuk memberikan anda bahan bantu untuk sukan. Bahan ini merupakan bahan yang menceritakan beberapa jenis sukan dari sudut sejarah dan undang-undang permainannya. Semua bahan ini adalah berbentuk PDF.
Apa lagi downloadlah....

Olahraga


Pemakanan

Sepak Takraw

Memanah

Squasy

Sofbal

Ujian Daya Tenaga Asas



ps: sebenarnya ada 20 jenis sukan tau..tapi saya berikannya untuk VIP member jer..so kalau nak daftarlah VIP member..Banyak kelebihannya.
Share:

KENALI PERIBAHASA

Pendahuluan:

1. Hampir setiap bangsa mempunyai peribahasa dan peribahasa sesuatu bangsa itu dapat mencerminkan bangsa tersebut.
2. Peribahasa merupakan susunan kata-kata yang teratur, sedap didengar dan cukup bermakna.
3.Peribahasa dibentuk atau dicipta berdasarkan pandangan dan perbandingan yang teliti terhadap alam sekeliling dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam masyarakat.
4. Oleh sebab peribahasa dibentuk dengan satu ikatan bahasa yang indah dan padat, maka melekatlah peribahasa itu di mulut orang ramai turun-temurun.
5. Peribahasa digunakan orang sebagai kiasan, teladan dan pengajaran. Itulah sebabnya peribahasa sering digunakan sebagai hiasan untuk mengindahkan karangan atau ketika memberikan ucapan atau syarahan.
6. Pada umumnya, peribahasa dapat dikatakan berasal daripada tiga sumber seperti yang berikut:
a. masyarakat biasa melalui pengalaman hidupnya.
b. golongan cerdik pandai berdasarkan pemerhatiannya yang tajam terhadap keadaan dan masyarakat sekelilingnya.
c. kitab suci Al-Quran dan kitab-kita agama lain,khususnya Hindu dan Buddha yang pengaruhnya agak meluas dan kukuh di alam Melayu suatu ketika dahulu.

Jenis Peribahasa
1. Peribahasa yang telah tercipta memang banyak.
2. Peribahasa banyak jenisnya antaranya :
a. Simpulan bahasa
b. perumpamaan
c. pepatah
d. bidalan
e. kata-kata hikmat

Simpulan bahasa
Merupakan jenis peribahasa yang paling mudah dan ringkas. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata seperti ada hati, cepat tangan, kaki bangku dan sebagainya.

Perumpamaan
Merupakan jenis peribahasa yang maknanya tersirat di sebalik susunan kata-kata yang membentuk perumpamaan itu. Biasanya didahului dengan kata-kata bagai, laksana, ibarat dan umpama. Contoh perumpamaan bagai aur dengan tebing, ibarat telur di hujung tanduk, umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang dan lain-lain lagi.

Pepatah
Merupakan peribahasa berangkap serta terdapat pengulangan kata di dalamnya untuk penegasan, falsafah, atau pengajaran yang ingin disampaikan. Contohnyaberat sama dipikul; ringan sama dijinjing, hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah dan sebagainya.

Bidalan
Bidalan adalah sejenis peribahasa yang mempunyai maksud tersirat disebalik susunan kata-kata yang membentuknya. Bidalan tidak mengandung sesuatu kata yang tertentu seperti perumpamaan. Contoh bidalan adalah ada gula, ada semut,air dicincang tidak akan putus dan lain-lain.

Kata-kata Hikmat
Merupakan peribahasa yang biasanya terbit daripada ayat-ayat suci dalam kitab-kitab atau daripada percakapan serta penulisan seseorang yang dihormati dan terbilang. Kata-kata tersebut berisi falsafah atau pengajaran yang berguna sebagai panduan hidup. Contohnya bahasa jiwa bangsa, masa itu ibarat emasdan sebagainya.


Share:

Panduan DPLI : Tips Peperiksaan dan Temuduga MEdSI

Apa khabar semua, kali ini post ringkas saya adalah untuk memberitahu anda bahawa satu panduan tentang kajian kes kegagalan temuduga DPLI telah berjaya dihasilkan oleh rakan saya Saudara Ikhwan Fahmi. Beliau bermurah hati untuk memberikannya kepada anda.
Untuk mendapatkannya, anda haruslah mengisi nama dan email anda untuk memudahkan beliau menghantar link download.

Jadi dapatkan segera sementara tawaran ini masih lagi berlangsung.
Untuk dapatkannya sila klik link di bawah:

KLIK SINI SEGERA
Share:

Panduan Pendidikan Wajib

Baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri satu kursus tentang pendidikan wajib. Rasanya anda tahukan apa yang dimaksudkan dengan pendidikan wajib? Melalui kursus ini saya didedahkan dengan beberapa panduan berguna tentang pendidikan wajib seperti bagaimana untuk menguruskan kemasukan murid dan pendaftaran murid ke Tahun 2. Bagaimana cara untuk menentukan kewarganegaraan murid dan sebagainya.

Sebagai perkongsiannya maka bolehlah anda memuatturun bahan-bahannya. Maaf kerana saya terpaksa memisahkan bahan-bahan ini mengikut tajuk dan bukannya dalam satu folder. Ini disebabkan failnya agak besar. Selamat memuatturun.


1. Taklimat Kemasukan Murid

2. Taklimat Menukar Aliran

3. Taklimat Murid Tangguh

4. Pertukaran Murid Warganegara

5. Murid Tiada Sijil Lahir

6. Murid Tukar Sekolah Swasta Ke Sekolah Kerajaan

7. Murid Cicir

8. Permohonan Penempatan Murid

9. Murid Bukan Warganegara

10. Pendaftaran Lewat

11. Senarai Lampiran

12. Borang Pendidikan Wajib



Share:

Jom Daftar

Salam semuanya...post kali ini hanyalah post ringkas sahaja. Saya menjemput anda mendaftarkan nama dan email anda di ruangan atas blog ini. Ini bertujuan untuk memastikan anda tidak terlepas sebarang post-post terkini kami. Segala post terkini akan diberitahu terus ke email anda. Secara tidak langsung anda akan mendapat info terawal dari kami.

Langkah-langkah :

1. Masukkan nama dan email anda
2. Klik Submit
3. Buka email anda dan sahkan pendaftaran anda
4. Selesai dan anda akan mula menerima email pemberitahuan daripada kami.

ok..terima kasih atas kerjasama anda..
Share:

Labels

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support