Sekadar berkongsi bahan bantu mengajar untuk guru dan tips berguna untuk anda semua.

Panduan Belajar Bahasa Arab



Antara kandungan di dalam Ebook Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab ini :

  • Anda dapat mengenal huruf-huruf Bahasa Arab, sebutannya dan cara penulisannya yang betul.
  • Latihan yang praktikal di dalamnya dapat memahirkan anda menulis dengan betul menggunakan tanda baris yang sesuai.
  • Anda dapat mengetahui dan mempraktikkan ayat-ayat penting Bahasa Arab dalam komunikasi seharian.
  • Ciri-ciri dan pecahan-pecahan perkataan Bahasa Arab akan lebih jelas dan mudah anda fahami.
  • Anda dapat mengelakkan kekeliruan di dalam penggunaaan gantinama Bahasa Arab serta dapat mengaplikasikannya dengan pantas melalui contoh-contoh dan latihan-latihan yang komprehensif
  • Struktur pembinaan ayat Bahasa Arab yang betul akan dapat anda pelajari dengan teratur melalui penerangan yang terperinci.

Apakah kelebihan-kelebihan yang akan anda perolehi daripada Ebook Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab ini? :

Ia ditulis di dalam Bahasa Melayu untuk menjadikannya ebook panduan paling mudah dan berkesan serta laris di pasaran.

Ia ditulis oleh pensyarah yang telah berpengalaman luas mengajar Bahasa Arab di Institusi Pengajian Tinggi lebih 12 tahun.

Ia memberi gambaran jelas tentang Bahasa Arab serta penggunaanya dalam kehidupan seharian.

Ia memberikan ilmu pengetahuan serta asas-asas dalam pelajaran Bahasa Arab dengan bahasa yang ringkas dan paling mudah difahami oleh semua.

Setiap pembaca ebook panduan ini akan dapat memantapkan lagi penghayatannya terhadap isi kandungan Al-Quran dan doa-doa yang sering dibaca setiap hari dan ia semestinya menjadi rujukan utama kepada setiap pengguna ilmu pengetahuan yang berteraskan bahasa.

Ebook panduan ini amat baik dan memberi peluang kepada sesiapa sahaja dalammengejar impian mempelajari Bahasa Arab berdasarkan teknik-teknik yang betul.

Padat dengan latihan-latihan yang komprehensif. Setiap penerangan disertakan dengan contoh-contoh mudah, jelas dan senang difahami.

Ia dapat menjawab segala persoalan anda yang tidak dapat diselesaikan selama ini terutama bagi mereka yang sedang mempelajari Bahasa Arab. Sudah pasti iamenepati dan dapat memenuhi kehendak pembelajaran anda.

Ebook panduan mudah ini adalah pelengkap bagi setiap orang yang ingin mempelajari Bahasa Arab secara teratur dan menyeluruh. Ia amat sesuai digunakan untuk rujukan setiap pelajar dan sesiapa sahaja serta boleh mempelajarinya dengan tenang.

Ia boleh dijadikan panduan untuk mengajar anak-anak anda belajar Bahasa Arab sejak kecil lagi di rumah anda sendiri. Anda boleh membantu anak-anak anda mempelajari Bahasa Arab menggunakan ebook panduan ini.

Bagi golongan ibu bapa yang berhasrat untuk menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajar ke luar negeri perlu mendapatkan ebook panduan ini. Dengan adanya ebook panduan ini, anak-anak anda akan dapat menguasai Bahasa Arab dengan mudah sebagai persediaan melanjutkan pelajaran.

Ia juga penting untuk bakal-bakal haji yang akan mengerjakan haji atau mereka yang berhajat untuk melancong atau yang ditugaskan ke negara-negara Timur Tengah. Pengetahuan berbahasa Arab adalah merupakan satu kelebihan kepada mereka apabila berada di sana.

Ebook panduan ini juga menjadi pencetus kepada bidang-bidang kajian ilmu yang lebih luas seperti ilmu tafsir dan seterusnya mengingkatkan penghayatan setiap pembaca terhadap tanda-tanda kebesaran Allah.

Kerana itu, ebook panduan ini dapat memenuhi apa yang diinginkan oleh orang-orang melayu dan sesiapa sahaja yang ingin mempelajarinya walaupun tiada asas langsung di dalam Bahasa Arab.

Ia adalah kesinambungan daripada usaha-usaha ulama' terdahulu yang mengorbankan masa dan tenaga demi menyebarkan penggunaan Bahasa Arab ke seluruh dunia.

Semestinya ia menjimatkan masa dan tenaga.


Untuk maklumat lanjut, sila klik :

http://belajarbahasaarab.tk

Share:

Lagu Tema Hari Guru 2011 : Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara

Kepada yang mencari-cari lagu tema Hari Guru 2011, di sini ingin saya kongsikan bersama-sama anda. Oh terlupa pula untuk saya beritahu bahawa Tema Hari Guru 2011 adalah Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara.
Selamat memuatturun. Pastikan anda mempunyai software khas untuk memuatturunkannya.




Versi Minus One:

Share:

Labels

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support