Sekadar berkongsi bahan bantu mengajar untuk guru dan tips berguna untuk anda semua.

Soalan-soalan Lazim tentang Format Baru UPSR 2016

Pastinya ramai yang masih tertanya-tanya tentang kaedah pelaksanaan UPSR tahun 2016 ini. Baiklah bagi mengurangkan pemasalahan anda, di sini anda boleh mendapatkan sedikit soalan-soalan dan maklumat tentang pelaksanaan UPSR 2016 ini.

Semoga memudahkan urusan anda ye..

SOALAN LAZIM UPSR 2016
Share:

Modul Latihan Format Baru UPSR Bahasa Melayu Tahun 6

Untuk meringankan beban cikgu-cikgu Bahasa Melayu Tahun 6, di sini saya sertakan link download untuk Modul Latihan Bahasa Melayu Format Baru 2016.

Selamat Mengajar Cikgu...

KLIK SINI
Share:

Panduan Membina Perancangan Strategik Sekolah



Untuk pentadbir yang mencari-cari panduan membina Perancangan Strategik sekolah. Di sini saya kongsikan sedikit info tentang Perancangan Strategik Sekolah.

Selamat mendownload : KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD
Share:

Contoh aktiviti PdP Abad 21


Berikut merupakan senarai contoh aktiviti PdP Abad 21 yang boleh anda praktikkan di dalam kelas.

Semoga membantu anda semua.

# copy paste














Share:

KATA-KATA MOTIVASI UNTUK GURU

TIGA BELAS MOTIVASI

MOTIVASI PERTAMA

Janganlah kamu mengambil cuti sakit sedangkan kamu tidak sakit. Kerana kamu telah menghimpun dua ma'siat, yaitu berbohong dan makan wang gaji yang haram. Demi Allah kamu bersusah berserta taqwa & takut kepada Allah SWT lebih baik untukmu.

MOTIVASI KEDUA

Terimalah  pelajar-pelajarmu dengan segala kekurangan yang ada pada mereka, kerana mereka bukanlah Malaikat atau Syaitan. Tidak ada jalan untuk kamu lari daripada memperbaiki apa-apa kekurangan atau kesalahan mereka, kerana kamu adalah pendidik dan HARAPAN mereka.

MOTIVASI KETIGA

 Tunjukkanlah penghargaanmu terhadap PELAJAR/MURID dan terangkan kelebihan mereka sebagai penuntut ilmu, agar kesan pengajaranmu lebih cepat sampai kelubuk hati mereka.

MOTIVASI KEEMPAT

Ingatlah sesungguhnya ramai orang-orang BESAR, disebabkan tunjuk ajarmu itu sebagai Guru, melonjakkan dan menyalakan lagi cita-cita mereka hingga sampai kepuncak. Maka jadilah kamu 'MASTER PLAN' orang-orang besar.

MOTIVASI KELIMA 

Baikkanlah layananmu terhadap pelajar-pelajar dan tinggalkanlah kesan yang baik kepada mereka. Berapa ramai daripada guru mendapat do'a kebaikan yang  berterusan, meskipun sudah berada didalam tanah.

MOTIVASI KEENAM 

Setiap mata pelajaran boleh dihubung kaitkan dengan pendidikan agama kita dengan mencari kaedah yang bersesuaian.

MOTIVASI KETUJUH
Setiap detik yang kamu TERLAMBAT atau kamu tinggalkan kelas sebelum selesai masa tugasmu, itu adalah hak pelajar yang akan dituntut pada hari hisab/akhirat kelak.

MOTIVASI KELAPAN 

Berapa ramai daripada guru kerana memberi tunjuk ajar yang baik kepada anak muda, lantas dengan sebab itu dia mendapat do'a yang ikhlas dan kebaikan yang berterusan.
"Ya Allah..!, tambahkan ilmu, rahmati dan berkatilah kepada guru-guru kami yang kuat cergas dan amanah".

MOTIVASI KESEMBILAN

Dihadapanmu ada generasi yang jiwa mereka berkobar dengan kesedaran, cintakan ilmu dan semangat yang tinggi. Semoga pengajaranmu menyalakan hati dan cita-cita mereka yang akan membawa KEBAIKAN kepada umat.

MOTIVASI KESEPULUH

Ingatlah sesungguhnya kamu punya anak-anak yang mereka belajar dengan para guru seperti kamu mengajar anak orang lain. Maka ajarlah anak-anak muridmu dengan baik agar anak-anakmu diajar oleh para guru dengan baik pula.
Balasan untukmu sepadan dengan amal perbuatanmu.

MOTIVASI KESEBELAS

Ikhlaskanlah kerjamu kerana Allah, kerana kamu sedang melaksanakan kerja para Nabi. Bila kamu mengharapkan upah daripada kerjamu, maka sesungguhnya semua kerja buatmu itu adalah memberatkan timbangan amal KEBAIKANMU diakhirat nanti.

MOTIVASI KEDUA BELAS

Pesanan  ini  adalah merupakan hadiah BERHARGA kepada para guru agar dapat jadikan amalan untuk mendapatkan kebaikan yang banyak.

MOTIVASI KETIGA BELAS

Sesungguhnya Allah perintahkan kamu untuk menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya. Dan sesiapa yang terpilih menjadi Guru adalah manusia yang beruntung kerana kerja seorang Guru adalah MULIA.

# copy paste


Share:

Labels

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support