TIGA BELAS MOTIVASI
MOTIVASI
PERTAMA
Janganlah kamu mengambil cuti sakit sedangkan kamu tidak
sakit. Kerana kamu telah menghimpun dua ma'siat, yaitu berbohong dan makan wang
gaji yang haram. Demi Allah kamu bersusah berserta taqwa & takut kepada
Allah SWT lebih baik untukmu.
MOTIVASI
KEDUA
Terimalah
pelajar-pelajarmu dengan segala kekurangan yang ada pada mereka, kerana
mereka bukanlah Malaikat atau Syaitan. Tidak ada jalan untuk kamu lari daripada
memperbaiki apa-apa kekurangan atau kesalahan mereka, kerana kamu adalah
pendidik dan HARAPAN mereka.
MOTIVASI
KETIGA
Tunjukkanlah
penghargaanmu terhadap PELAJAR/MURID dan terangkan kelebihan mereka sebagai
penuntut ilmu, agar kesan pengajaranmu lebih cepat sampai kelubuk hati mereka.
MOTIVASI
KEEMPAT
Ingatlah sesungguhnya ramai orang-orang BESAR, disebabkan
tunjuk ajarmu itu sebagai Guru, melonjakkan dan menyalakan lagi cita-cita
mereka hingga sampai kepuncak. Maka jadilah kamu 'MASTER PLAN' orang-orang
besar.
MOTIVASI
KELIMA
Baikkanlah layananmu terhadap pelajar-pelajar dan
tinggalkanlah kesan yang baik kepada mereka. Berapa ramai daripada guru
mendapat do'a kebaikan yang berterusan,
meskipun sudah berada didalam tanah.
MOTIVASI KEENAM
Setiap mata pelajaran boleh dihubung kaitkan dengan
pendidikan agama kita dengan mencari kaedah yang bersesuaian.
MOTIVASI
KETUJUH
Setiap detik yang kamu TERLAMBAT atau kamu tinggalkan kelas
sebelum selesai masa tugasmu, itu adalah hak pelajar yang akan dituntut pada
hari hisab/akhirat kelak.
MOTIVASI
KELAPAN
Berapa ramai daripada guru kerana memberi tunjuk ajar yang
baik kepada anak muda, lantas dengan sebab itu dia mendapat do'a yang ikhlas
dan kebaikan yang berterusan.
"Ya Allah..!, tambahkan ilmu, rahmati dan berkatilah
kepada guru-guru kami yang kuat cergas dan amanah".
MOTIVASI
KESEMBILAN
Dihadapanmu ada generasi yang jiwa mereka berkobar dengan
kesedaran, cintakan ilmu dan semangat yang tinggi. Semoga pengajaranmu
menyalakan hati dan cita-cita mereka yang akan membawa KEBAIKAN kepada umat.
MOTIVASI
KESEPULUH
Ingatlah sesungguhnya kamu punya anak-anak yang mereka
belajar dengan para guru seperti kamu mengajar anak orang lain. Maka ajarlah
anak-anak muridmu dengan baik agar anak-anakmu diajar oleh para guru dengan
baik pula.
Balasan untukmu sepadan dengan amal perbuatanmu.
MOTIVASI
KESEBELAS
Ikhlaskanlah kerjamu kerana Allah, kerana kamu sedang
melaksanakan kerja para Nabi. Bila kamu mengharapkan upah daripada kerjamu,
maka sesungguhnya semua kerja buatmu itu adalah memberatkan timbangan amal
KEBAIKANMU diakhirat nanti.
MOTIVASI
KEDUA BELAS
Pesanan ini adalah merupakan hadiah BERHARGA kepada para
guru agar dapat jadikan amalan untuk mendapatkan kebaikan yang banyak.
MOTIVASI
KETIGA BELAS
Sesungguhnya Allah perintahkan kamu untuk menyampaikan amanah
kepada yang berhak menerimanya. Dan sesiapa yang terpilih menjadi Guru adalah
manusia yang beruntung kerana kerja seorang Guru adalah MULIA.
0 comments:
Post a Comment