Sekadar berkongsi bahan bantu mengajar untuk guru dan tips berguna untuk anda semua.

Panduan Mengenali Cara Belajar Pelajar Anda

Jumpa lagi...

Kali ini saya berikan satu artikel menarik khususnya bagi para guru mengenali dan memahami cara belajar efektif bagi setiap pelajar. Rasanya semua tahu bahawa setiap orang mempunyai cara belajar yang berbeza. Jesteru itu maka para guru sangat digalakkan mempelbagaikan teknik P&P bagi memberi keadilan kepada semua pelajar.
Jika sebelum ini saya memberikan kesemua bahan untuk anda memuatturun,tetapi kali ini saya akan menulis dengan panjang lebar untuk artikel ini. Ye..lah kalau tulis pendek..anda tidak duduk lama-lama di blog saya nikan? :).

TEKNIK MEMBACA GERAK MATA SESEORANG

1, Apabila mata hitam seseorang itu bergerak, bermaksud bahawa orang itu sedang berfikir.

2. Apabila mata hitam seseorang itu tidak bergerak,bermaksud orang itu tidak berfikir.

3. RAHSIA cara belajar atau cara berfikir seseorang bergantung kepada arah pergerakan mata hitamnya. Jika mata hitamnya bergerak atau memandang ke atas bermaksud orang itu kuat mata atau Orang Visual. Jika mata hitamnya bergerak ke tepi, bermakna orang itu kuat telinga atau Orang Auditori dan Jika mata hitamnya bergerak atau memandang ke bawah maka orang itu kuat sentuh atau Orang Kinestetik.

CIRI-CIRI ORANG VISUAL

1. Orang sebegini ialah orang yang memproses maklumat dalam bentuk visual atau gambar. Ringkasnya jika pelajar anda ada yang sebegini maka mereka sangat mudah memahami pengajaran anda dengan melihatnya sendiri. Oleh yang demikian, maka sangat perlu bagi para guru untuk menggunakan papan hitam dan bukan membiarkannya tanpa ada sebarang tulisan atau gambar tertentu.

2. Orang sebegini lebih suka berinteraksi dengan anda secara berhadapan atau bertentang mata. Jika anda duduk di tepinya puan dia akan tetap memandang anda ketika berinteraksi.

3. Orang sebegini suka bercakap dengan pantas dan ada kalanya sehingga tangannya bergerak-gerak seolah-olah cuba menggambarkan apa yang diperkatakan. ( Pernah jumpa tak orang yang bercakap di handphone, tapi tangannya bergerak-gerak?)

4. Orang sebegini jika bercerita akan sedaya-upaya menunjukkan gaya dan aksi seolah-olah kejadian sebenar berlaku di depan mata kita.

5. Ayat yang selalu digunakan..nampak tak? cantik tak? Jelas tak?

CIRI-CIRI ORANG AUDITON

1. Orang sebegini memproses maklumat dalam bentuk bunyi atau audio. Mudah menyetujui sesuatu walaupun melalui percakapan.

2. Orang sebegini tidak gemar berinteraksi dengan memandang anda. Lebih suka berinteraksi di sisi anda. Seorang pendengar yang baik walaupun tidak bersemuka. Baginya apa yang anda cakap adalah lebih penting dari yang lain.

3. Mereka bercakap lebih perlahan dan sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan perkataan. Ada kalanya mengambil masa lama untuk mula bercakap.

4. Ayat yang selalu digunakan. Dengar tak? Dengar sini? Apakata orang nanti?

5. Jika bercerita akan banyak mengeluarkan bunyi contohnya jika bercerita tentang kemalangan akan bercerita dengan bunyinya sekali.Seperti...booomm? Tolong! Tolong!

CIRI-CIRI ORANG KINESTATIK

1. Orang sebegini memproses maklumat dalam bentuk sentuhan atau pergerakan. Sangat mengutamakan keselesaan dalam memilih sesuatu seperti kasut atau pakaian.

2. Jika dia berinteraksi dengan anda , dia lebih suka menyentuh anda.

3. Tidak suka duduk diam. Ingin sentiasa bergerak seperti menggerakkan kaki, memusing pen.

4. Sangat rimas jika diminta supaya duduk diam.

5. Ayat yang selalu digunakan..Tak selesalah...sedaplah..

KONKLUSINYA : Setiap murid atau pelajar kita mempunyai cara yang berbeza untuk memproses maklumat. Bagi memudahkan mereka maka wajarlah kita para guru untuk mempelbagaikan teknik mengajar.


* Sebahagian besar nota ini diadaptasi daripada Tips Kuasai Diri oleh Mohd. Rizal Hassa seorang Fasilitator Profesional.
Share:

Koleksi Lagu Kanak-Kanak

Ni pula adalah koleksi lagu untuk kanak-kanak. Jadi jika anda guru muzik atau saja-saja jer nak nyanyi, anda sangat digalakkan untuk mendownloadnya. Terdapat banyak lagu kanak-kanak di sini dan paling best banyak juga dalam bentuk minus one. So cepat le download nanti terlambat hi..hi..hi

KLIK SINI JIKA NAK LAGU NI
Share:

Koleksi Design Powerpoint

Salam..kali ni saya berikan pula satu koleksi design powerpoint. jadi bagi mereka yang suka membina slide bbm maka anda boleh pelbagaikan designnya supaya nampak lebih segar dan fresh..Bagi mereka yang kurang mahir dengan powerpoint..jangan malu-malu belajar ye...Anda boleh gak belajar dgn saya yang tak seberapa pandai sangat ni..

KLIK SINI KALAU NAK DESIGN NI:)



Share:

Koleksi Grafik Versi 1

Salam semua...

Kali ini saya postkan sebahagian kecil koleksi grafik yang ada pada saya untuk anda. Grafik ini terdiri daripada animasi, gambar berbentuk kartun dan gambar sebenar. Jika anda berkenan bolehlah download. Tapi jika ini bukan pilihan anda, maka anda boleh emailkan kepada saya dan saya akan cari dalam koleksi saya grafik lain yang bersesuaian dengan kehendak anda.

KLIK PADA TAJUK UNTUK DOWNLOAD


1. Plants
2. Numbers
3. Water
4. Sports
5. Landscap
6. Borders
7. Image
8. Animasi


* Tawaran beriklan masih dibuka...jangan lepaskan peluang untuk beriklan murah di sini.
Share:

Terima Kasih Semua..............

Salam sejahtera semua, terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana anda semua datang melawat ke blog ini. Biarpun blog ini hnaya dikendalikan oleh saya seorang diri namun apabila melihat statistik lawatan yang semakin ramai ini telah menaikkan semangat saya untuk terus mencari pelbagai maklumat untuk dikongsikan dengan anda.
Selain itu juga saya turut mengharapkan agar akan adanya satu hubungan dua hala antara anda dan saya. Melalui mekanisme ini maka bakal membantu lebih ramai guru untuk mencari bahan khususnya bahan bantu mengajar.
Akhir kata saya akan membuka tawaran untuk beriklan di ruangan yang telah disediakan. Tujuannya bukan sahaja membantu sesiapa mempromosikan barangan mereka, bahkan juga membantu saya dalam untuk lebih giat mencari bahan..(beri semangat sikit kat saya ni....:). Rajin-rajinlah lawati blog ini dan beritahulah rakan-rakan yang lain...


Statistik terkini jumlah lawatan yang semakin meningkat...
Share:

Perutusan Hari Guru 2010 oleh Ketua Pengarah Pelajaran dan Menteri Pelajaran

Jumpa lagi..itu hari dalam post untuk sambutan hari guru ni saya terlupa pula pasal perutusan yang mesti dibaca sewaktu sambutan hari guru peringkat sekolah. Macam mana dengan sekolah anda dah berlatih untuk persembahan ke apa-apa acara yang bisanya dilakukan sewaktu sambutan ini? atau dah sediakan beg besar untuk dapat hadiah yang banyak daripada anak murid? baiklah sebagai tidak menghampakan anda yang sangat rajin melawat blog ini..saya ucapkan Selamat Hari Guru kepada anda semua dan juga kepada semua bekas guru-guru saya yang gigih mendidik seorang murid seperti saya yang banyak masalahnya sewaktu di sekolah dulu. Pengorbanan anda sentiasa dihati dan semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada anda semua wahai para guru.

KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD PERUTUSAN KETUA PENGARAH PELAJARAN


KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD PERUTUSAN MENTERI PELAJARAN
Share:

KERTAS SOALAN RAMALAN MATEMATIK UPSR, PMR DAN SPM 2010

KERTAS SOALAN RAMALAN MATEMATIK 2010<klik sini>
Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Adakah anda sedang mencari....
@Kertas Soalan RAMALAN Matematik 2010 ?
@KOLEKSI Kertas Soalan PERCUBAAN NEGERI Seluruh Malaysia?
@KOLEKSI Kertas Soalan Peperiksaan SEBENAR 2003-2009?
@KOLEKSI Kertas Soalan Percubaan BERASRAMA PENUH (SBP)?
@KOLEKSI Kertas Soalan Percubaan MRSM?

Jika Ya!Tindakan anda adalah tepat��..


Tahukah Anda!
@90% Pelajar Cemerlang Matematik mengatakan mereka mengulangkaji dengan membuat latih tubi Soalan-soalan Peperiksaan SEBENAR tahun-tahun lepas secara berulang-kali
@Kebanyakan pelajar TIDAK TAHU Soalan mana perlu didahulukan dan Soalan mana perlu dikemudiakan untuk dijadikan latihan.
@Kebanyakan pelajar TIDAK TAHU bahawa Soalan Peperiksaan sebenar hanya dipusing - pusing sedikit sahaja dari sebelumnya.
@Kebanyakan pelajar TIDAK TAHU bahawa Soalan Peperiksaan Percubaan Negeri,sbp dan lain2 adalah Soalan Ramalan dan Soalan latihan terbaik untuk dijadikan bahan latih tubi.
@Kebanyakan pelajar tidak didedahkan dari awal soalan-soalan BERTARAF PEPERIKSAAN.Tidak semua buku latihan di kedai-kedai buku berkualitidan ada sesetengah soalan latihannya tidak setaraf pun dengan soalan peperiksaan.


Penyelesaianya
Kami memahami kehendak anda. Dalam usaha memantapkan pemahaman pelajar dalam subjek Matematik, kami di telah memperkenalkan ebook Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 bagi Semua peringkat iaitu Matematik Moden dan Matematik Tambahan bagi SPM,Matematik PMR dan juga Matematik UPSR.Selain kertas soalan ramalan kami juga akan membekalkan kepada anda koleksi soalan-soalan percubaan negeri dan soalan soalan peperiksaan sebenar secara PERCUMA untuk anda.!!


Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila KLIK SINI

Share:

Panduan Menjawab Soalan Sains UPSR

Jumpa lagi ...Kali ini saya postkan dua bahan yang banyak membantu untuk menjawab soalan Sains UPSR. Bahan ini dibina oleh Guru Cemerlang Sains dan selalu berikan ceramah UPSR. Terdapat dua bahan. Pertama dalam ppt dan kedua dalam msword. Terima kasih kepada Cikgu Mohd. Noor Ibrahim kerana sudi berkongsi bahan ini.Selamat mendownload...Jumpa lagi dengan bahan-bahan yang lain...

SLIDE PANDUAN MENJAWAB SAINS UPSR

NOTA SAINS UPSR
Share:

Semua Bahan Tentang Hari Guru ( Lagu, Tema DLL)

Salam...dah masuk bulan Mei ni..pasti tak sabar nak sambut Hari Guru..Jadi untuk memeriahkan bulan ni..saya postkan beberapa fakta tentang Hari Guru. Anda digalakkan untuk beri komen di sini ye..takkan nak download jer tapi takleh nak bagi komen tentang Hari Guru ye tak?


Tema Hari Guru

2010 Guru Pembina Negara Bangsa

2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara



Ikrar Hari Guru

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.


LAGU TEMA HARI GURU 2010

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi


KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD LAGU TEMA HARI GURU

KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD LAGU TEMA HARI GURU( MINUS ONE)

KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD LAGU GURU MALAYSIA + VIDEO

KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD LAGU GURU MALAYSIA

KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD LAGU GURU MALAYSIA ( MINUS ONE)


Share:

Cara-cara buat Magic atau Silap Mata

Berminat untuk belajar buat Magic atau silap mata? Pasti best kalu kita tahu buat magickan. Mesti terlopong mulut para pelajar kita..hi..hii..hii.. Di sini saya berikan maklumat tentang bagaimana untuk anda belajar buat magic. Namun begitu bahan ini bukanlah percuma..anda kena membelinya. Tapi yang baiknya anda boleh dapatkan yang percuma dahulu kemudian kalu berminat bolehlah membeli keseluruhan koleksi ini dan anda bakal menjadi seperti Chriss Angel atau David Blaime..hi..hi..hi

KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Share:

Sofware Pemulihan Part 2


Ini pula contoh paparn software pemulihan yang kedua. Sebenarnya banyak jenis yang terdapat di dalam sofware ni..cuma saya ambil satu aje contoh...:P

DOWNLOAD SINI
Share:

Software Padankan Suku Kata..Part 1

Ini adalah contoh paparan yang terdapat dalam software ini. Cadnagan saya software ini sangat baik untuk murid pemulihan ataupun pelajar tahun satu dan pra sekolah.

DOWNLOAD DI SINI
Share:

GeniusXtra Pil Minda Yang PAling Berkesan..PARA GURU DIJEMPUT JADI AGEN



Salam,
Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman tentang penggunaan Pil Minda. Rasanya anda pernah dengar tentang GeniusXtra. Sebelum saya bercerita dengan panjang lebar tentang produk ini. saya ingin bercerita tentang keberkesanannya dahulu. Anak saya dan beberapa orang jiran serta para pelajar saya telah menggunakan produk ini. Apa yang saya lihat apabila masuk botol kedua, keberkesanannya mula dilihat. Berikut adalah dapatan saya sendiri terhadap mereka yang menggunakan produk ini.

KES 1 Anak-anak saya

Selepas makan pil ini pencapaian mereka dalam peperiksaan semakin baik. Pada peperiksaan yang lalu, ketiga-tiga anak saya berjaya meraih A dalam semua subjek dan kesemuanya mendapat tempat pertama!!. Sebelum ini pencapaiannya tidaklah seperti ini.

KES 2 Anak Jiran Saya

Anak jiran saya ini adalah lelaki Ijat kami panggil..selalunya selepas balik sekolah kerjanya adalah main basikal..sampai ke petang..Ibu bapanya risau tentang perangainya. Selepas menggunakan Geniusxtra, Ijat kini semakin fokus kepada pelajaran..dia juga tidak lagi berbuat bising di dalam kelas. Banyak guru yang hairan..apabila mereka tahu bahawa Ijat memakan geniusxtra..maka mereka pula membelinya untuk anak-anak.

Kes 3 Anak saudara

Anak saudara saya adalah kembar..berusia 4 tahun..masalahnya percakapannya pelat dan laju sehingga kami langsung tidak memahaminya. Apabila memakan Geniusxtra, pelatnya mula berkurangan dan percakapannya pula tidak lagi laju..kini ibunya baru saja order botol tambahan..

Ini adalah kes yang saya lihat sendiri..anda boleh lihat banyak lagi testimoni di sini

Saya bukanlah meminta anda membeli di sini..tetapi anda membeli terus dari Syarikatnya..Anda juga boleh menjualnya dan meraih keuntungan RM10 perbotol..jika anda beli dengan jumlah yang banyak ( sekurang-kurangnya 50 botol )

Apa itu Geniusxtra?
*merupakan rumusan sukrosa dan kombinasi garam tisu biokmia yang diproses menggunakan teknologi AFTL yang berperanan menghasilkan produk minda inovasi terkini yang berkesan memecah kebuntuan dengan membekalkan getaran ketenangan dan meningkatkan keupayaan bio-elektrik pada minda seseorang.

Pengasas Geniusxtra ialah Dr. Mod Yusoff Hussin.

Baiklah jika anda ingin mencubanya bagi membantu meningkatkan prestasi para pelajar anda..anda klik pada gambar di atas atau di bawah ini..Anda boleh order secara online..Produk akan dihantar terus ke rumah anda....sebab jika anda mencarinya di kedai-kedai..memang tak jumpa sebab tak ramai yang menjadi agennya..Ini juga peluang untuk anda menjana sedikit wang..bayangkan jika anda berjaya menjual 50 botol maka anda akan meraih keuntungan sebanyak RM500.

Share:

Headcount New Version!!

Ha..ko..dah lama tak upload..sekali aku upload tiga sekaligus..Ini pula format headcount dari JP. Pahang. Rasanya yang ni antara terbaik..Jika dulu saya dah beri satu tapi rasanya yang ini adalah yang terbaik,terlengkap dan termantoop...

KLIK SINI KALAU NAK
Share:

Nota Lengkap NKRA

Ini pula saya beri panduan dan nota lengkap tentang NKRA..so sesiapa yang hendak pergi temuduga atau ptk bolehlah membantu serba sedikit buat anda. Nota ni hasil pemberian Cikgu Malek dari SK. Bukit Rokan,Gemencheh. terima kasihlah bang ooii...

DOWNLOAD KAT SINI
Share:

Contoh Profail Sekolah

Kali ini saya hendak kongsikan contoh profail sekolah...tentu ada yang ditugaskan untuk membuatnyakan..hisshh..kalau tak ada panduan memang susah..jadi saya kongsikan contoh profail sekolah..Contoh ni saya yang buat sendiri so kalau tak cantik..jangan marah..yang penting isinya..tapi cam biasa pastikan line internet okay..ada lebih daripada 100 slide ppt di sini.

KLIK>>KLIK>>DOWNLOAD
Share:

MAHU PREPAID MURAH?

Salam..entry kali ini agak berbeza..jangan marah..Ini bukanlah saya hendak berkempen tentang join bisnes apa-apa juga..sebab jika saya hendak berbuat demikian lebih baik saya ceritakan satu program bisnes saya yang semakin mengancam..tu Saya sekadar ingin berkongsi dengan anda satu syarikat bumiputera yang menawarkan kadar prepaid murah..malah boleh top up RM3,RM 4 atau RM5. Dulu saya ada join gak sykt preapaid ni..tapi mahal..Berbeza dgn yang ni..saya sangat berpuas hati..malah anda boleh top up setiap hari dimana juga anda berada dan bila-nila waktu sambil tu..jimat wang sikit..paling utama senang nak top up..takyah pegi kedai..guna hp sendiri..

Jika anda berminat bolehlah teruskan membaca..jika tak berminat..carilah entry lain ye...:)

Jual Topup Rm3, Rm4, Rm 5 Pun Boleh!!

Sekiranya anda adalah peniaga(kecil/sederhana) yang mahukan KEUNTUNGAN JUALAN PREPAID SEBENAR, maka inilah masanya untuk anda dptkan keistimewaan.

Diskaun Harga Ahli:

CELCOM 5.5%

MAXIS 2.5%

DIGI 1.25%

DIGI Pin

ITALK Pin

perniagaan prepaid murah
Kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk memulakan bisnes topup secara kecil-kecilan atau sederhana mahupun besar-besaran, fokus kepada Celcom & Maxis, inilah peluang untuk anda.. Sertailah kami.
Sistem beroperasi 24 jam sehari. Bukan MLM. Income Real Time. Tak perlu menaja, Tak perlu maintain jualan dan Tak perlu Upgrade keahlian untuk mendapatkan keistimewaan ini..

Lihat Keistimewaan yang kami Tawarkan Kepada Anda:

1)Pendaftaran Sebagai DEALER! – Dealer dan Agen Topup, Berbeza Margin Untung.
2)Yuran Pendaftaran yg Rendah – Seumur Hidup.
3)Tiada Yuran Bulanan Atau Yuran Tahunan.
4)SistemBeroperasi 24 Jam Sehari.
5)Penerimaan Server Yg Pantas
6)Income Real Time
7)Reload Serta Merta(Autoreload)
8)Tak Perlu Menaja
9)Tak Perlu Maintain Jualan
10)Tak Perlu Upgrade Keahlian
11)Boleh Daftarkan Prepaid atau Pospaid
12)Tiada Caj Dikenakan Untuk Reload
13)Tanpa risiko double reload
(transaksi sama berulangkali disebabkan kecuaian).
14)Keuntungan Jualan Topup yg PALING Tinggi di Malaysia
15)PengaktifanPendaftaran yang Cepat
16)Penambahan Modal yang Cepat
17)Menjana Pendapatan PASIF Sebagai Dealer
18)Boleh Topup Internet ONLINE Menggunakan YM
19)BolehSemak Rekod Transaksi Semua Jualan
(Semakan Menggunakan SMS atau Online Website)
20)Anda juga akan diberi Laman Web PERCUMA seperti ini
dengan Referance id anda sendiri (www.niagaprepaid.com/ref id)
Laman web ini juga dilengkapi dengan Sistem Affilate 2 level.

Ya, kami adalah Platform terbaik anda menjalankan Bisnes Reload Topup Prepaid menggunakan SMS atau Internet Online Topup.
Banyak Syarikat lain yg masing2 gah dengan bonus yg mereka tawarkan. Tapi fikirkanlah..

Jangan Terpedaya dengan Pelan Pemasaran mereka yang Merumitkan.

Yang Paling Penting, Anda Perlu Tahu Keuntungan Sebenar yang anda perolehi. Melalui kami, anda akan mendapat Keuntungan Jualan Topup Yang Paling Tinggi berbanding pesaing2 lain.
Sertailah kami di
EZYreload TopupPrepaid ini sekarang!

Cubalah, anda pasti berpuas hati.

perniagaan prepaid murah

Lihat Harga Sebenar Produk

Senarai Harga Sebenar Produk
CELCOM(eload)
Celcom Rm 3.00, Harga Ahli : RM 2.90, Untung Bersih : Rm 0.10
Celcom Rm 4.00, Harga Ahli : RM 3.78, Untung Bersih : Rm 0.22
Celcom Rm 5.00, Harga Ahli : RM 4.725, Untung Bersih : Rm 0.275
Celcom Rm 6.00, Harga Ahli : RM 5.67, Untung Bersih : Rm 0.33
Celcom Rm 7.00, Harga Ahli : RM 6.615, Untung Bersih : Rm 0.385
Celcom Rm 8.00, Harga Ahli : RM 7.66, Untung Bersih : Rm 0.44
Celcom Rm 9.00, Harga Ahli : RM 8.505, Untung Bersih : Rm 0.495
Celcom Rm 10.00, Harga Ahli : RM 9.45, Untung Bersih : Rm 0.55
Celcom Rm 11.00, Harga Ahli : RM 10.395, Untung Bersih : Rm 0.605
Celcom Rm 12.00, Harga Ahli : RM 11.34, Untung Bersih : Rm 0.66
Celcom Rm 15.00, Harga Ahli : RM 14.175, Untung Bersih : Rm 0.825
Celcom Rm 20.00, Harga Ahli : RM 18.90, Untung Bersih : Rm 1.10
Celcom Rm 30.00, Harga Ahli : RM 28.35, Untung Bersih : Rm 1.65
Celcom Rm 50.00, Harga Ahli : RM 47.25, Untung Bersih : Rm 2.75
Celcom Rm 100.00, Harga Ahli : RM 94.50, Untung Bersih : Rm 5.50
MAXIS(eload)
Maxis Rm 3.00, Harga Ahli : RM 2.95, Untung Bersih : Rm 0.05
Maxis Rm 4.00, Harga Ahli : RM 3.90, Untung Bersih : Rm 0.10
Maxis Rm 5.00, Harga Ahli : RM 4.88, Untung Bersih : Rm 0.12
Maxis Rm 6.00, Harga Ahli : RM 5.85, Untung Bersih : Rm 0.15
Maxis Rm 7.00, Harga Ahli : RM 6.83, Untung Bersih : Rm 0.17
Maxis Rm 8.00, Harga Ahli : RM 7.80, Untung Bersih : Rm 0.20
Maxis Rm 9.00, Harga Ahli : RM 8.78, Untung Bersih : Rm 0.22
Maxis Rm 10.00, Harga Ahli : RM 9.75, Untung Bersih : Rm 0.25
Maxis Rm 11.00, Harga Ahli : RM 10.72, Untung Bersih : Rm 0.28
Maxis Rm 12.00, Harga Ahli : RM 11.69, Untung Bersih : Rm 0.31
Maxis Rm 15.00, Harga Ahli : RM 14.63, Untung Bersih : Rm 0.37
Maxis Rm 20.00, Harga Ahli : RM 19.50, Untung Bersih : Rm 0.50
Maxis Rm 30.00, Harga Ahli : RM 29.25, Untung Bersih : Rm 0.75
Maxis Rm 50.00, Harga Ahli : RM 48.75, Untung Bersih : Rm 1.25
Maxis Rm 60.00, Harga Ahli : RM 58.50, Untung Bersih : Rm 1.50
Maxis Rm 100.00, Harga Ahli : RM 97.50, Untung Bersih : Rm 2.50
DIGI(eload)
Pin DiGi Rm 5.00, Harga Ahli : RM 4.94, Untung Bersih : Rm 0.06
Pin DiGi Rm 10.00, Harga Ahli : RM 9.875, Untung Bersih : Rm 0.125
DIGI(No Pin)
Pin DiGi Rm 10.00, Harga Ahli : RM 9.95, Untung Bersih : Rm 0.05
ITALK(No Pin)
Pin iTalk Rm 10.00, Harga Ahli : RM 9.30, Untung Bersih : Rm 0.70
perniagaan prepaid
*Tiada Caj sms dari server.
perniagaan prepaid

Well, Dari pembelian topup RM10, anda mungkin hanya akan dapat 55 sen. Tetapi lihatlah pada faedah lain yang anda bakal perolehi. Tak perlu start motor pergi kedai nak beli topup... Tak perlu ke hulu ke hilir cari kedai yg bukak pukul 12 malam bila time emergency.. Dan lagi, selama bertahun-tahun sebelum ini anda membeli topup di kedai, berapa ratus yang anda dapat dari tokey kedai handphone? Usahkan ratus... 20sen pun belum tentu. Nak tambah malang lagi, prepaid RM10, pun kena bayar RM10.50.

Kini..Anda boleh dapat pendapatan tambahan lagi..Cubalah, boleh jual pada rakan2 di tempat kerja. Di pejabat, kilang, hostel atau anda boleh guna untuk topup diri sendiri dan ahli keluarga dengan harga yang lebih murah dari pasaran!

Anda juga akan mendapat Laman Web PERCUMA seperti ini dengan Reference id anda sendiri (www.niagaprepaid.com/ref?id). Laman web ini juga dilengkapi dengan Sistem Affiliate 2 level !!


PENDAFTARAN
Pendaftaran Dengan
Yuran PROMOSI Untuk Anda!

Promosi pendaftaran kini hanya Rm25.00 sahaja (Tanpa Modal).. Pendaftaran yang SANGAT MURAH. Anda boleh bandingkan sendiri dengan sistem topup yang lain. Pendaftaran hanya Sekali Seumur Hidup dan anda boleh terus guna Hari Ini Juga!

*Atas Permintaan, Promosi ini dilanjutkan sehingga 31/05/2010 sahaja dan apabila tamat kelak akan menjadi Rm30.00

Share:

Nota PTK dan Temuduga Guru

Salam..kali ini saya postkan nota-nota yang bagus untuk anda bagi menghadapi PTK atau menghadiri temuduga. Nota-nota ini termasuklan Perintah Am, PIPP,dan sebagainyalah..Pendek kata..macam-macam ada... Tapi sebelum download pastikan internet anda laju sebab filenya agak besar..

DOWNLOADLAH YER..
Share:

Software Untuk Baca Semua Jenis MS Office

Post kali ini saya berikan satu software yang mungkin banyak membantu anda semua. Kita tahu sekarang ni pelbagai jenis MS Office yang digunakan di pejabat..ada office 2007, ada 2010 dan ada lagi 2003.. Jika anda 2003 pasti tak boleh baca windows 2007 atau 2010..so apa nak buat? Haa apa lagi downloadlah software ni.. so maslah anda akan selesai.. melalui software ini semua jenis office anda boleh baca walaupun pc anda guna 2003. Bestkan..tapi ingat jika nak download pastikan line internet laju sebab fail ni agak besar..renung-renungkan dan selamat mendownload.

Download Sini
Share:

Borang Order Barang Sekolah

Salam..harap korang sihat ye..Macam mana cara untuk anda beli barang panitia anda? Jika caranya sama seperti yang kami buat, maka eloklah anda download borang ni ye..sebab kini ada peraturan baru bagaimana untuk membeli sesuatu barangan panitia..Cikgu diminta untuk memenuhi borang minta dan pelbagai borang lagi so untuk membantu anda maka downloadlah borang ni ye..semuanya ada..

DOWNLOAD SINI
Share:

Labels

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support